Tanggungjawab dan tugas seorang ibu bukannya mudah dan sangat mencabar. Dari saat ibu hamil, melahirkan dan membesarkan anak kecil, di dalam hati ibu hanya ingin memberikan yang terbaik dan melindungi mereka daripada jatuh sakit. Malah ia agak mustahil untuk kita mengelak dari jangkitan kerana bacteria dan kuman ada di mana-mana. Doktor dan ibu bapa percaya bahawa sakit itu adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak. Namun begitu, masih ada perkara yang boleh kita lakukan bagimeningkatkan sistem pertahanan atau imunisasi anak-anak terutamanya dari batuk, selsema dan demam.
7 Tips Tingkatkan Imunisasi
Tips Tingkatkan Imunisasi #1. Penyusuan susu ibu
Susu ibu merupakan pemberian terbaik kepada bayi anda selepas melahirkan. Ia mengandugi antibodi yang mampu melindubgi bayi daripada jangkitan terutamanya titisan emas pertama yang dikenali sebagai kolostrum. Kajian mendapati bayi yang diberikan susu ibu pada 6 bulan pertama kurang berisiko terhadap penyakit seperti cirit birit, jangkitan salur pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing.
Tips Tingkatkan Imunisasi #2. Vaksinasi
Merujuk kepada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan pantau jadual imunisasi anak anda untuk memastikan mereka mendapat imunisasi pada masanya. Imunisasi yang ditawarkan dalam NIP adalah untuk perlindungan daripada difteria, penyakit kancing gigi, batuk kokol, tuberkulosis, hepatitis B, influenza Haemophilus penyakit radang meninges jenis B, campak, beguk, dan rubela. Imunisasi berfungsi dengan cara memperkenalkan sejumlah kecil kuman penyebab penyakit yang lemah atau mati ke dalam badan anak anda. Kuman yang lemah atau yang telah mati ini akan menggalakkan sistem pertahanan anak anda dengan menghasilkan antibodi yang akan melindunginya daripada jangkitan pada masa akan datang. namun begitu, pilihan adalah pada ibu bapa dan anda boleh merujuk pakar kesihatan sekiranya ada sebarang permasalahan berkaitan vaksinasi.
Tips Tingkatkan Imunisasi #3. Pemakanan
Kekurangan zat dan nutrisi akan menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit, virus dan bacteria. Oleh itu, pemakanna yang sihat serta diet yang seimbang adalah penting untuk kesihatan dan tumbesaran mereka. Produk tenusu, daging, ayam, ikan dan makanan yang berwarna-warni seperti buah-buahan dan sayur-sayuran akan memberikan anak anda zat makanan penting yang akan membantu meningkatkan sistem pertahanannya. Selain itu, ibu bapa boleh mengikhtiarkan makanan tambahan untuk anak anda sebagai persediaan tubuh mereka terhadap sebarang jangkitan penyakit.
Tips Tingkatkan Imunisasi #4. Tidur Yang Secukupnya
Tempoh tidur yang disyorkan untuk bayi baru lahir ialah 18 jam, kanak-kanak 13 jam, dan kanak-kanak pra-sekolah 10 jam. Tidur yang cukup boleh membantu meningkatkan antibodinya. Pastikan anak anda mendapat tidur yang secukupnya untuk mengekalkan perlindungan daripada jangkitan. Kanak-kanak yang tidak mendapat masa tidur yang cukup lebih terdedah kepada jangkitan penyakit.
Tips Tingkatkan Imunisasi #5. Senaman dan Riadah
Tips Tingkatkan Imunisasi #6. Kediaman Bebas Asap Rokok
Tips Tingkatkan Imunisasi #7.Persekitaran Bersih dan Sihat
Pastikan anda dan keluarga mengamalkan kebersihan yang bagus seperti mencuci tangan dengan betul dan menjaga kebersihan mulut.Selain daripada itu, pastikan rumah anda bersih untuk mengelakkan penyebaran kuman. Guna pembasmi kuman seperti peluntur untuk membersihkan kawasan pembiakan kuman seperti dapur, tandas, pemegang pintu dan permukaan yang selalu disentuh. Dan yang paling penting,pastikan ia daripada bahan bebas bahan kimia untuk mengelak sebarang alahan.
Berdasarkan 7 tips yang diberikan di atas, pilihan tetap juga ditangan anda. Sebagai ibu bapa seharusnya kita inginkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak dan ianya bukan 1 alasan untuk melihat mereka membesar dengan ceria dan gembira. Zaman kanak-kanak merupakan masa terindah bagi setiap insan dan warnailah masa kanak-kanak mereka kerana masa berlalu begitu pantas. Memberikan yang terbaik pada masa ini akan membuatkan kita sendiri tersenyum pada masa akan datang. Sayangi diri anda, sayangi anak anda, sayangai keluarga anda.
DAPATKAN JUS CALIPH Sunnah Supplement for Kids

- Kesemua kandungan ini merupakan sumber yg tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
- Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
- Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
- Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..
Sumber : basmi.my
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Facebook : Maziah Jamaludin
No comments:
Post a Comment